pInJaM lAgI...
Dentuman bunga api di Dataran Shahbandar bakal berkumandang tidak lama lagi. Orang ramai yang menunggu sejak awal malam sudah tidak sabar lagi menanti keindahan cahaya gemerlapan itu. Masing-masing berpusu-pusu mencari ruang untuk menikmati keindahan malam tahun baru. Di kala warga Bandaraya Warisan Persisir Air ini berasak riuh-rendah di Dataran Shahbandar, Syahril Hakimi terpaku keseorangan di Pantai Batu Buruk. Baginya keriuhan malam itu tidak bermakna tanpa Syahira di sisinya. Biarlah sepi malam saja menemaninya. Meraikan keindahan yang tidak mungkin luput dalam ingatannya.
Dia tersentak bila nyamuk mula mengerumuni tangannya. Dihalaunya nyamuk yang berkeliaran. Gatal nyamuk boleh di tepis tapi rindu di hati tidak siapa mampu menahannya. Dingin malam terasa panas meskipun petang tadi hujan lebat membasahi Kuala Terengganu. Enam tahun sudah, disinilah dia meluahkan cintanya terhadap Qaseh Syahira, gadis yang bertahta di hatinya, dulu, kini dan selamanya.
Walaupun waktu itu, Syahira mempersendanya, namun hatinya tidak pernah berhenti mencintai Syahira. Putik-putik cinta di hati Syahril telah lama wujud. Malangnya, gadis yang dikenalinya ketika di bangku sekolah menengah itu tidak percayakan semua itu. Bagi Syahira, Syahril adalah sahabat yang tidak boleh digalang ganti. Mana mungkin hubungan sahabat itu berolah bersama cinta. Syahril sendiri sudah lama tahu yang Syahira sudah lama berkasih dengan Munzir Hafizie, anak Tan Sri Alias. Malah Munzir bukan orang lain dengan Syahril. Mereka berdua sahabat baik dan Syahril sendirilah yang memperkenalkan Munzir kepada Syahira sewaktu mereka bertiga berlajar di Kolej Yayasan Melaka untuk mengikuti kursus intensif bahasa Inggeris di Melaka dulu.
Kehadiran Munzir memang punca utama mengapa Syahira tidak percaya terhadap cintanya. Munzir memang penghalang cintanya. Tapi apa boleh buat. Anak Tan Sri itu terlebih dahulu meluahkan perasaan kepada Syahira. Dia bukan sahaja kacak malah memiliki segalanya. Meluahkan cinta terhadap Syahira umpama satu pengkhianatan kepadanya. Dia terperangkap di antara kasih seorang sahabat dan cinta seorang perempuan. Jadi terpaksalah dia memendam rasa selama 12 tahun. Dicerminnya diri berkali-kali. Dia sedar, dirinya mungkin tidak setaraf Munzir. Manakan mungkin dia hamparkan langit menjadi permaidani Syahira. Apa lagi mengutip bintang di langit untuk dijadikan perhiasan.
Dicubanya memujuk hati untuk menerima kenyataan Syahira bukan miliknya. Namun itu adalah sesuatu yang sukar baginya. Khabar yang tidak ingin didengarnya apabila Munzir memintanya untuk menjadi pengapit di hari persandingan mereka. Demi persahabatan, dia cuba menelan kekecewaan itu. Digagahi untuk menolak permintaan itu. Tetapi apakan daya dia tidak cukup kuat untuk menolak permintaan itu. Apa lagi menunjukkan keresahan apabila pasangan itu menyatakan hasrat untuk bernikah. Namun sesuatu yang melapangkan hatinya apabila Munzir terlibat dalam kemalangan jalan raya. Itulah titik awal pengkhianatan yang bersarang dalam fikirannya. Dia cuba untuk bergembira namun tidak sampai hati melihat Syahira bagaikan hilang punca bila mendapat tahu khabar kematian Munzir.
GAMBAR HIASAN
Hatinya bagaikan tersentuh melihatkan Syahira bersedih mengenangkan Munzir apatah lagi segala persiapan untuk perkahwinan itu telah sempurna. Tidak sanggup dia meluahkan cinta demi semata-mata mahu mendapatkan Syahira. Itu pentingkan diri namanya. Hatinya macam tidak boleh dipujuk lagi, bila Syahira menjadikannya tempat untuk meluahkan rasa sedihnya. Kerap betul mereka keluar bersama selepas kematian munzir. Bahang cinta diantara mereka semakin dirasai Syahril apabila mereka berduaan di hujung minggu. Hati kecilnya mula berbisik untuk dia meluahkan perasaan cinta. Fikirnya, mungkin cinta baru mampu merubah kemurungannya. Biarlah Syahira mempunyai harapan baru untuk bertaut di bumi nyata. Antara kasih dan kasihan, Syahril terus meluahkan rasa cintanya pada Syahira sewaktu mereka berjumpa di Restoran Nil di persisir Pantai Batu Buruk. Jikalau laut itu mampu berbicara, dia akan menjadi saksi luahan tulus cinta si teruna buat si dara.
‘ Apa you cakap ni…. I Cuma anggap you macam sahabat baik I saja…. Sanggup you anggap I begitu.” Tempelak Syahira.
“ I sedar Syahira, tapi I dah lama sayangkan you…. I dah tak sanggup lagi lihat you terkapai-kapai mencari arah baru. Hinakah I menyanyangi you? Terimalah cinta i… niat I ikhlas ingin memperisterikan you. Let me fill in. I love you, day in, day out and for the rest of my life…”
Syahira terkedu. Begitu mendalam kata-kata Syahril. Syahril tidak mampu menahan air hangat di tubir matanya dan air itu akhirnya mengalir lesu. Dia lemah berhadapan dengan satu-satunya wanita dalam hidupnya.
“ No…..mana mungkin ada cinta diantara kita.. tak boleh begitu..” sayu jawapan Syahira. Syahira tidak betah lagi berhadapan dengan situasi ini dan bingkas berdiri meninggalkan Syahril keseorang dalam melayani perasaan kecewanya yan tidak betah diusur.
yUhUuU!!~~
Menyesal Syahril meluakan cintanya. Rasa itu mengundang penyesalan yang tiada kesudahan. Rasa cinta yang tersemai itu diakhiri dengan sebuah drama air mata. Dia tidak menyangka akan tersungkur kali ini. Dikejarnya Syahira sampai ke rumah. Tetapi hampa juga. Syahira benar-benar marah padanya. Mungkin juga benci. Syahril tidak tahu. Belum pernah Syahira memarahinya begini semenjak pertemuan pertama di Sekolah Menengah Bukit Puteri dahulu. Inila kali pertama Syahril harus berdepan dengan trilogi cinta tiga arah. Antara kasih, kasihan dan sayang. Bibit cinta itu entah mana letaknya. Apa yang pasti cinta itu tetap terpatri kukuh bersama Syahira hingga ke hujung nyawa. Dua tahun selepas peristiwa itu, tiba-tiba Syahira menghubunginya untuk berjumpa di Pantai batu Buruk. Terlalu indah pantai itu. Sesuai untuk pasangan berkasih memandu janji di situ. Nadanya macam orang yang tidak sihat. Di benak Syahril, timbul seribu satu persoalan. Sudah lama dia menantikan panggilan itu. Begitu terseksa sekali dia apabila Syahira memarahinya gara-gara perasaan cinta.Kali ini biar apa pun terjadi, dia sanggup melutut meminta ampun dan maaf kerana mencintai Syahira. Dia tidak sanggup lagi tertekan apabila Syahira memarahinya. Satu tamparan yang mana mungkin hilang dari kotak ingatannya. Biarpun cintanya tidak diterima Syahira, asalkan perhubungan mereka kekal seperti dahulu. Dia terlalu merindui segala kenangan di antara mereka. Syahril nekad untuk tidak berganjak dari cintanya. Petang itu seperti yang dijanjikan, Syahira muncul ayu dengan berbaju kurung putih bertudung litup. Senyuman yang dilemparkan bagaikan penawar seribu racun buat Syahril. Apa mungkin ini adalah satu perkhabaran gembira. Hati kecilnya masih menyepi seribu bahasa.
“ I nak beritahu you yang I akan ke London. Mungkin lama.” Jelas Syahira dengan ringkas.
“ But, why??...Is it….?” Termanggu Syahril mencari jawapan.
“ Oh,,, bukan kerana itu. I sedar orang meninggal mana mungkin hidup kembali. I mesti terima hakikat itu. I pun sedar tentang cinta you itu, tapi I need some time to accept you. Sanggupkah you tunggu kepulangan I tiga tahun lagi?” desak Syahira menguji kejujuran dan keikhlasan Syahril.
“ I akan tunggu you sampai bila-bila…Promise..” jawapan Syahril menandakan pertemuan itu sudah berakhir. Entah bila mereka akan bertemu kembali.
Lamunan Syahril terhenti apabila sebuah Honda Prelude kuning air tiba-tiba menyuluhnya. Dia tertanya-tanya, siapa pula yang datang mengganggu ketenangannya. Antara sedar atau tidak, seorang perempuan keluar mendapatkannya. Ringkas berpakaian denim. Langkah yang tersusun itu terasa macam dia kenal. Ya….. Memang betul. Syahira muncul dari arah kegelapan malam. Syahira yang telah lama dirinduinya. Segalanya yang bakal terlerai di Pantai Batu Buruk. Laut tenang, seakan-akan memahami perasaan yang berkocak diantara dua insan. Qaseh Syahira yang telah lama dirinduinya telah kembali kepadanya dan serentak itu jugalah dentuman bunga api bergermelapan menghiasi ruang angkasa bandaraya itu seakan-akan mengerti!












0 comments:
Post a Comment
orang y tader haty kot..