
Akhirnya Kimi pulang juga. Terlalu lama dia mengambil masa mengumpul kekuatan sehinggalah segala kemarahan dan dendam di hati kami hilang. Dahulu aku menganggap Kimi terlalu bacul. Dia pengecut untuk mengatakan kebenaran. Mungkin dia punya alasan sendiri. Tetapi melarikan diri jauh dari kami, bukan jalan penyellesaian.
Mungkin dia tidak mahu melukakan hati orang terutama hati datuk. Tetapi tindakannya lebih dari melukakan.dia melontar aku ke lembah seolah-olah aku tidak punya harga diri. Sayang, Kimi pulang setelah semua marahku hilang. Jika tidak, sudah lama aku mengusirnya.
Bijak sungguh Kimi memilih hari untuk pulang. Mungkin selama ini dia menanti keadaan reda. Sememangnya Ramadan bukan bulan untuk berdendam tetapi bulan untuk merebut semua ganjaran pahala yang tersedia. Itu kata-kata papa, dan papa memang orang yang sabar. Hanya sedikit kesabaran papa yang aku warisi.
Dahulu, aku mengambil masa yang agak lama untuk menerima Kimi. Bukan Kimi tidak kacak dan tidak memenuhi kriteria lelaki idaman tetapi persaudaraan antara kami menghalang untuk aku mengasihinya sebagai seorang suami. Sebut sahaja Tengku Hakimi, siapa tidak kenal. Pemuda kacukan inggeris itu cukup sempurna di mataku. Namun aku mengalah semata-mata mahu memenuhi segala impian datuk.
Tengku Hakimi, cucu datuk yang amat disayanginya. Mungkin kerana Kimi cucu sulung lelaki, maka datuk tidak mahu Kimi pergi jauh daripadanya seperti Pak Long. Pak Long merantau menimba ilmu di luar Negara dan akhirnya berkahwin dengan wanita Ireland . Setiap raya, datuk menanti kepulangan Pak Long tetapi impian itu tidak pernah menjadi kenyataan.
Selepas berpisah dengan isterinya, Pak Long pulang ke Malaysia dengan membawa Kimi yang berumur 15 tahun pada waktu itu. Tua dua tahun daripadaku. Setelah itu, Pak Long berkahwin lagi dengan wanita pilihan datuk. Selepas lima bulan tempoh pertunanganku dengan Kimi, Kimi menghubungiku aku melalui telefon. Katanya dia tidak boleh meneruskan hubungan kami. Jiwanya terseksa. Batinnya terdera. Aku memujuknya supaya memikirkannya lagi keputusannya terutama sekali hati datuk. Namun dia tetap berkeras. Pak Long akhirnya datang memutuskan pertunangan kami secara beradat. Selepas itu, aku tidak mendengar lagi khabar tentang Kimi.
Yang pasti, datuk benar-benar terluka. Namun, sebelum datuk meninggal dunia, dia berpesan kepadaku supaya memaafkan Kimi dan berpesan kepada Pak Long supaya mencari cucunya itu. Kimi tidak pulang pada hari kematian datuk. Sekali lagi aku terdengar suara Kimi mengaji di rumah tua datuk. Rumah itu kosong setelah Mak Su berkahwin dan mengikut suaminya berpindah ke Pulau Pinang. Ketika datuk sakit tenat, kami membawa datuk ke rumah kami supaya kami senang untuk menjaganya. Namun, di saat-saat kematiaanya, datuk meminta kami membawanya pulang ke rumah walaupun jarak antara rumah kami dan rumah datuk hanya bersebelahan. Katanya, dia mahu menghembuskan nafas terakhir di rumah tua miliknya. Papa hanya menurut dan akhirnya kami terpaksa berpindah sama.
Pada Hari Raya ini, rumah datuk sekali lagi riuh dengan kepulangan anak dan cucu-cucunya yang pulang beraya sekaligus menghadiri kenduri di rumah kami. Mungkin Kimi aku bakal melangsungkan perkahwinanku pada Hari Raya Keenam nanti. Aku tidak pernah sekali pun bertemu dengan Kimi secara berdepan. Hanya berbalas senyuman tawar atau kadang-kadang dia datang berbuka di rumah kami. Selalunya Aisha, adik sepupuku yang menghantar juadah berbuka untuknya.
“ Tentu Sarah masih marah pada aku.” Aku terdiam. Itulah kali pertama aku berbicara secara bersemuka ketika aku menghantar lauk dan bubur jagung kepadanya.
“Aku tahu tindakanku tidak bijak dan terlalu mementingkan diri sendiri. Aku tahu datuk terlalu sayangkanku. Dia mahu aku selalu dekat dengannya, kerana Sarah, anak Pak Ngah. Pak Ngah tentu tak akan lari dan Sarah tentu berada disini kerana papa dan mama Sarah ada disini. TetapiSarah, aku tidak mahu menipu diriku sendiri.” Tuturnya perlahan. Aku memerhati segenap raut wajah pemuda itu. Kulitnya putih bersih ditambah pula seulas bibir yang merah kerana seumur hidupnya tidak pernah menyentuh rokok. Dia menatap wajahku. Mata hazel miliknya mampu menikam jantungku. Namun, kugagahi untuk menyusun bicara.
“Kimi terlalu mementingkan diri sendiri. Kimi melukakan hati datuk. Dia selalu bertanyakan Kimi dan memintaku memaafkanmu.” Ujarku.
“ Aku tidak boleh mencintaimu, Sarah. Aku tahu sekiranya aku meneruskan juga permintaan datuk, hidupmu tidak akan bahagia. Itu lebih kejam daripada melukakan hati datuk.” Kimi cuba membela dirinya.
“ Apa salahku?” soalku meminta penjelasan.
“ Sarah tidak salah apa-apa, tetapi dalam tubuh Kimi mengalir darah yang seakan-akan sama dengan darah Sarah.” Ujarnya lagi.
“ Tapi Islam tidak mengharamkan kita untuk berkahwin.” Aku bersuara.
“ Tapi Kimi tidak dapat menyanyangi Sarah setulus kasih seorang suami buat isteri. Sarah seperti adik kandung Kimi. Seawal 15 tahun kita membesar bersama. Melalui zaman remaja. Suka, duka kita tempuhi berdua. Rasanya terlalu payah untuk menggantikan perasaan itu dengan perasaan yang lain.” Ujar Kimi dalam kepayahan.
“ Mungkin Kimi sudah ada yang lain.” Dugaku. Kulihat wajahnya berubah. Namun dia hanya menggeleng.
“ Kimi harus memberitahu apa yang Kimi rasa kepada orang lain, bukan menyimpannya sehingga kami tertanya-tanya. Hati datuk terluka, Kimi.” Lembut tutur kataku.
“ Kimi tahu, tetapi hati Kimi terlalu muda ketika itu untuk berfikir secara rasional. Maafkan Kimi, Sarah.” Tuturnya perlahan meruntun tirai egoku.
“ Mengapa Kimi baru pulang sekarang? Mengapa tidak pulang lebih awal misalnya sewaktu datuk masih ada?” terpancul juga soalan itu dari bibirku.
Kimi mengangkat wajahnya tepat memandang wajah bujur sirehku dan dia tersenyum. Pahit. “ Kimi tiada jawapan untuk soalan itu, Sarah.” Wajah kacukan itu kurenung dalam. Anak muda itu semakin kurus dan cengkung. Penampilannya tidak berubah. Tetap dengan t-shirt converse dan jaket berseluar jeans leweh Calvin Klein.
“ Kau kemana selama ni Kimi?” soalku kendur. Kami pernah menjadi kawan baik. Dia pernah menjadi pelindungku. Dia tidak seperti sepupu-sepupuku yang lain. Dia lebih matang berbanding usianya. Wajarlah kerana dia pernah menyambung pelajarannya ke United Kingdom dalam jurusan ‘Business Management’. Sebab itu aku tidak pernah menyangka dia boleh bertindak sedemikian. Anak muda ini bukan calang-calang orang.
“ Perlukah aku mengatakan segala-galanya kepadamu, Sarah?” soalnya kembali setelah agak lama pertemuan itu menyepi. Hanya bunyi burung-burung yang galak dan sedang terbang pulang ke sarang.
“ Terpulang. Aku kecewa denganmu. Terlalu susah untuk kau mencintai aku seperti aku cuba menerima hakikat aku akan ditunangkan denganmu demi datuk.” Ujarku jujur.
“ Aku minta maaf” hanya itu jawapan yang keluar dari bibirnya.
“ Hanya untuk meminta maaf kau pulang?” aku masih tidak berpuas hati.
“ Untuk meraikan hari bahagiamu, Sarah.” Kimi menjawab. Terukir sebuah senyuman yang amat aku rindui. Tiga tahun aku tidak melihat senyuman itu di bibirnya setelah ikatan pertunangan diputuskan dahulu.
“ Apa pentingnya aku dalam hidupmu?” aku semakin berani bersuara.
“ kau sangat penting. Terlalu penting, Sarah” Jawapannya itu membuatkanku tersenyum sinis. Begitu mudah omongan lelaki. “ Sarah, aku bahagia jikalau kau bahagia.” Aku tersedu. Cubaan apa yang Kau turunkan kepadaku ini? Sesungguhnya aku tidak mampu menahan rasa dihati. Tubir mataku tidak mampu lagi untuk menahan air mata. Dan kini air itu mengalir lesu. Aku mencintaimu, Kimi…..Hanya tuhan yang tahu betapa dalamnya rasa ini dihati. Bertahun- tahun aku menghimpunkan rasa ini jauh di sudut hatiku kerana aku tahu kau tidak akan pernah menjadi milikmu.
“ Aku tidak mencintai Taufik. Aku tidak pernah mencintai dia” ucapku perlahan meluahkan rasa dihati. Kimi mengerutkan dahinya. Tanda tidak mengerti.
“ Mengapa kau menangis, Sarah? Aku sangka kau mencintainya kerana kau bakal menjadi isterinya nanti.”
“ Bukan semua perkahwinan itu bermula dengan perasaan cinta” sambungku dalam nada sendu. Kimi kian gelisah. Resah dihati melihat tangisku yang semakin tidak tertahan.” Sarah….” Ujarnya…
“ Aku marah padamu, Kimi” potongku jujur.
“ Marahlah dan pukullah aku kalau segalanya dapat menghapuskan salahku serta menggantikan tiap titis air matamu, Sarah” Kimi mengenggam erat jemariku. Aku berasa tenang di sampingnya. Entah mengapa, aku bahagia.
“ Ini untukmu, Sarah. Baca pada malam hari pernikahanmu” Kimi menghulurkan sekeping kad ucapan bersampul merah hati kepadaku. Dia tahu, warna itu adalah warna kesukaanku.
Pertemuan pada petang itu berakhir dengan penuh tanda tanya.
Sarah,
Aku sanggup mengorbankan perasaanku sendiri demi datuk. Aku berusaha untuk memujuk hatiku untuk menyanyangimu setulusnya. Aku rela melakukan apa sahaja untuk membuat orang lain berasa bahagia termasuklah perancangan membina mahligai bahagia bersamamu.
Biarlah aku berterus terang, Sarah.. Sarah, tidak sukar untukku mencintaimu kerana rasa itu telah berhimpun di hatiku setelah sekian lama tetapi aku pasti tuhan mahu menduga kekukuhan iman hambaNya lalu diturunkan aku ujian ini. Aku disahkan menghidap leukemia dan tidak mungkin aku mampu tuk membahagiakan kau selamanya.
Terlalu banyak orang disekelilingku yang memberi kasih sayang padaku dan mengharapkan kita bersama untuk membina bahagia. Tetapi apa dayaku untuk membuat orang lain bahagia? Aku tidak mampu.
Datuk bersedih dan kau sudahnya hidup merana, lalu aku pergi jauh supaya penyakit ini tidak diketahui sesiapa. Aku bermukim di bumi mamaku untuk merawat penyakitku. Kini, aku semakin pulih setelah berjaya menjalani permindahan sum-sum tulang balakangku. Mungkin dulu aku terlalu pesimi dan hanya memikirkan maut. Sesungguhnya, ujian yang maha berat itu banyak mengajar aku nilai sebuah kasih sayang kerana dorongan dan kasih sayang mamaku, aku kembali sembuh walaupun mengambil masa kira-kira tiga tahun.
Selamat Hari Raya. Pohon kemaafan kupinta kerana telah melukai hati dan perasaanmu.
Salam sayang,
Tengku Hakimi Tengku Haizal
Terkedu aku tatkala membaca kad itu. Air mataku mengalir. Tidak, aku amat mencintaimu.
“ Aku mencintaimu, Kimi. Tidak mungkin aku mampu melupakanmu dan berkongsi hidupku dengan insan lain. Kimi, aku terlalu mencintaimu..” aku terduduk. Melekapkan kad ucapan teristimewa itu ke dadaku. Aku tidak mahu kehilangannya.aku tidak perduli keadaan diluar sana . Mungkin aku sudah selamat diijabkabulkan dengan Taufik.
“ Aku juga mencintaimu, Sarah.”
Aku terkesima. Segera wajahku kualih ke pintu bilikku. Kulihat Kimi sudah siap berbaju melayu dan bersongkok. Tampak segak dengan baju melayu rona kuning. Sedondong denganku. Aku makin tidak mengerti. Papa,mama, Pak Long dan Taufik ada disebelahnya. Aku bingung. Kimi mendekatiku. Dikucup lembut dahiku.
“ Terima kasih sayang. Terima kasih kerana mencintaiku.terima kasih isteriku…”
Kulihat papa dan mamaku hanya tersenyum . Aku memandang mereka meminta penjelasan.
“ Sarah, sengaja aku mahu melihat bagaimana perasaan kasih dan sayangmu kepadaku. Aku mengetahuinya sejak petang kita bertemu. Aku boleh melihat rasa itu pada tatap matamu. Tambahan pula, Aisha telah menceritaka segalanya kepadaku. Aku terlalu yakin dengan keputusan ini, sayang” lembut tutur katanya. Dia mengelus pipiku, menyeka air mataku yang semakin laju mengalir. Bukan kerana sedih tetapi terlalu gembira.
“ Aku cintakanmu, sayang” bisiknya di telingaku. Aku tersenyum.
“ Ya, aku juga mencintaimu.”
Malam itu segalanya indah. Kami hanyut dalam gawang cinta kami yang tak terucap. Kukira tuhan telah mengabulkan doaku. Dia telah sembuh daripada penyakitnya dan kini aku akan bersama dia, kekasih hati yang amat kucintai kini dan selamanya. Terlalu besar anugerah aidilfitri yang kurebut. Syukur kerana kebesaranMu…. Katil baru kami patah pada malam pertama itu. Haha!










0 comments:
Post a Comment
orang y tader haty kot..